Wednesday, July 15, 2009

Kawan Suka Duka ker??? ADA X????



hai,

Sha nak kongsi sikit cerita tentang diri Sha dengan orang lain. Semua tahukan yang Sha berasal dari SABAH DI BAWAH BAYU kan! so sampai kat Kemaman ni Sha jumpa macam-macam jenis kawan. Ada baik,ada yang tak baik(hehe sempat jugak),ada ok dan tak kurang jugak ada yang suka kutuk Sha dari belakang.

Tapi nak buat macam mana kan, Sha tak ada hak kuasa untuk halang orang lain dari tak suka kita kan. So sama ada orang suka atau tak suka, Sha selalu buat2 tak tahu jer.. Hehehe muka kereta kebal ni.

Perkara yang paling penting buat Sha adalah sikap kita terhadap rakan-rakan kita. Kita kena jujur dan jangan sesekali bersikap seperti "serigala" hehe talam dua muka lah.

Kalau ada yang tak suka kita, kita nak buat macam mana??? Jangan risau,sebab masih ramai lagi kawan-kawan kita yang lain sayang kat diri kita. Macam kawan-kawan Sha kat PIC atas tu, semua baik2 taw... dan paling penting semua CUN2 kan... hahaha macam biasalah, masuk lif tekan senderi jer SHA ni kan...

Oklah, Sha harap ada yang sudi kongsi pengalaman tentang bersahabat dengan kita semua...

Thursday, July 9, 2009

Dia Cinta Aku?? 8

Imran seperti kucing yang kehilangan anak apabila Reen langsung tidak berkata walau sepatah perkataan pun sewaktu keluar bersamanya.Imran yakin Reen masih lagi marahkan dirinya di sebabkan kejadian petang tadi.'Ahhh! Reen memang suka merajuk fikir Imran'. Imran merenung Reen yang masih lagi makan tanpa memandangnya. Reen yang sedar pandangan tajam dari Imran hanya bersahaja sedangkan jiwanya benar-benar tidak keruan.

"Reen!sedap sangat ker nasi goreng papprik tu? sampai aku kat depan ni pun ko tak nak tengok langsung?"

Reen memandang Imran tanpa berkelip. Imran terposana memandang mata redup Reen yang di lihatnya sedikit sembab akibat menangis tidak berhenti. Cantiknya dia! bisik hati Imran.'Eh kenapa pula lanun ni tengok aku macam nak telan jer' Reen sedikit menggelabah apabila merasakan Imran agak pelik pada malam itu.

"ko kenapa lanun? tengok aku macam nak telan aku jer. Aku buat salah besar sangat ker? kan aku dah bagi tahu yang Haikal tu jaust tolong aku masa aku pengsan semalam.Dia dengan mak dia yang tolong aku"

Bersungguh-sungguh Reen menjelaskan hal sebenar kepada Imran.Namun Imran masih lagi memandangnya seperti Reen sedang membaca surat cinta kepadanya.'Ini yang buat aku panas ni, aku cakap dia wat muka zombi pulak'. Reen mula bangun dan berdiri betul-betul di hadapan Imran, dan memijak kaki Imran.

Imran yang agak terkejut mula melompat-lompat menahan sakit kakinya yang di pijak oleh Reen. Muka Imran mula betukar berwarna merah apabila sedar yang mereka di perhatikan oleh ramai pelanggan di restoran tersebut.'Padan muka ko, sapa suruh buat muka zombi'. Bisik hati Imran yang mengakui keterlanjuran perbuatannya.

"ko kenapa Reen? apasal pijak kaki aku?"

"ko lah lanun, aku cakap tapi ko wat dek ejr kenapa? ko ingat aku baca sajak ker kat depan ko tadi?"

"aku tengah befikirlah"

"fikir apa macam tu? macam muka zombi jer... wakakakakakaka"

"amboi suka ek. Ehem! ko ada apa-apa ke dengan budak 'HUJAN' tu?"

"Budak HUJAN mana pula ni?? aku tak faham tol lah."

"Haikal lah kambing laut oi"

Reen berfikir sejenak muka Haikal macam HUJAN ker?Eh taklah Haikal comel dan kacak hehe sempat lagi Reen memuji ketampanan Haikal. Emr... Muka Haikal macam vokalis HUJAN tapi tidaklah serabai macam NOH HUJAN tu, Haikal kelihatan kemas dan lebih segak. Senyuman Haikal mampu mencairkan mana-mana wanita yang memandangnya. 'Aku pun cair gak ker? eh, tak tak mungkin', bisik hati Reen.

"Engkau dah kenapa Reen? kejap angguk-angguk, kejap geleng-gelang, kejap lagi senyum-senyum. Macam orang tak betul dah aku tengok. Malanglah sapa yang jadi laki ko nanti"

Kata-kata Imran mengajutkan Reen daripada lamunannya tentang Haikal.Isk Imran ni tiada kerja lain ker selain daripada menyakitkan hati aku bisik Reen yang makan hati dengan kata-kata Imran yang selalu mengguris hatinya.







Wednesday, July 8, 2009

Kongsi Sikit....

salam semua,

Hari ini Sha call hampir 20 company untuk tenya pasal praktikal. Hampir semua tak nak ambik. Alasannya ekonomi merosot. Ada juga yang baik hati suruh Sha hantar resume Sha by email untuk mereka tengok.

Soalnya di sini, memang susah ke company kat Malaysia ni nak ambik student untuk praktikal?? just untuk kumpul pengalaman selama 6 bulan pun tak boleh ker?? Elaun tak lah penting sangat untuk student, yang penting di beri peluang untuk kumpul pengalaman, Selain mempraktikkan teori yang di pelajari di IPT.

Sha pun tak tahu apa nasib Sha. Hahahahaha doa-doakan lah Sha dapat juga tempat praktikal yer. Cian kat Sha ni....

Ok lah, sampai sini jer.. Insyallah novel bersiri Sha akan sambung dalam masa terdekat ini.

Thursday, July 2, 2009

So soRRy!!!!

hai.....

dah lama sangat tak post apa2 pon kan. emr sory ek...
just lately ni SHA busy sangat. dan paling menyedihkan SI DIA dah pergi praktikal.
And SHA tinggal soranr-sorang kat Kemaman ni huhuhuhuhu sob sob sob sedih siot...
But life must go on kan, SHA can face all this.... Yakin boleh SHA hehe....
Ok lah, SHA akan buat perubahan pada blog SHA ni, yang pasti ianya perubahan yang baik.
So all gurls, just wait for changes yar.... Blog ni akan menjadi berwarna-warni, and the most important thing is i will make all reader mengembara bersama REEN,IMRAN dan HAIKAL dengan pelbagai suka duka..... So gurl, love you all.....