Wednesday, August 26, 2009

jaLAn2 caRi paSaL





Akhirnya PtPTN yang di tunggu sekian lama akhinya keluar juga. Maka terjadilah pada suatu pagi yang tidak dirancang aku dan member2 yang tersayang turun ke Kuantan untuk beli tiket bus. Destinasi member ada yang g JOHOR, SG. PETANI and aku sABAH hehe...

Then disebabkan poket masing2 penuh, semua sepakat membawa berkat untuk pusing2 kuantan dan semua teraweh kat KUANTAn hehe....

Berjalan tanpa arah tujuan memang memeningkan. Aku akhirnya membuat kuputusan untuk membeli jam tangan. yelah selama ni aku mana pakai jam tangan. Naktahu x harga jam saya berapa hehehe RM 10 jer..

Tapi ok lah, maybe ni last time lepak dengan memberkan. Pasni xtaw g. Semua bawa diri.. Aku balik pi Sabah, Kak Zura and Opie and Teah g JOHOR, Nini pulak G kedah...

Pray for us...

Sunday, August 23, 2009

aL - KisAH BST tAk hABiS







Menjadi lumrah untuk pelajar di RANACO EDUCATION mengambil kursus BST(Basic Safety Training) ketika berada di semerter 6. Oleh itu aku juga tidak ketinggalan sebagai salah seorang yang pelajar yang mengambil BST. Emr tapi BST memang syok sebab hari pertama lagi aku dah berpeluang masuk ke dalam smoke house. Smoke house xdalah best sebab panas dan orang yang masuk smoke house semua kena pakai B A SET yang agak berat juga.

Masuk ke dalam smoke house dengan misi selamatkan SITI hehehe... Lucu juga! Sebab dengan keadaan gelap gelita, semua student yang masuk kena melakukan TAI CHI iaitu maraba dalam gelap bagi memastikan tidak langgar dinding, tidak terkena renjatan elektrik dan tidak teraba benda yang tidak sepatutnya.. So hehe memang tak boleh masuk dengan student lelaki... So dengerous..

So itu hari pertama, hari kedua punya cerita aku dan kawan2 semua kena dengar pasal elementary first aid pulak. Hari kedua memaang best sangat sebab orang yang begi lecture sal kursus ni asyik wat lawak jer... Aku memang xleh lupa PAK CIK MA( medical assitant) tu...

HAri ke- 3 pulak adoiyai sedih sungguh.... Nak tahu kenapa???? Sebab BST ddi batalkan sebab H1N1 punya pasal.... Tak sempat nak buat fire fighthing... hehehe kalo tak mesti dah boleh main air kan....

So aku pun tak tahu bila agak2 nya BST kita orang ken a sambung.. Berbaki 3 hari g....

Friday, August 21, 2009

Ramadhan muncul kembali,
Alhamdulilah syukur ku panjatkan kepada-Nya yang Maha Esa,
Kerna
Aku masih di beri peluang menikmati bulan penuh rahmat ini.

Ramadhan muncul kembali,
Aku berjanji pada diri sendiri,
Tidak lagi aku persiakan Ramadhan tahun ini,
Seperti tahun-tahun lepas.

Ramdhan,
Aku menangisi ketibaan mu,
Bukan aku bersedih kerana laparku,
Tidak
Tidak
Bukan itu yang aku sedihkan.

Ramadhan,
Aku menangis kerana kerana keberkatanmu,
Kemuliaanmu,
Kegembiraanku
Kerana diberi peluang untuk menikmati manisnya Ramadhan.

Bercadang Untuk Tidak Berpuasa

“Ustaz, saya bercadang untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan ini sebab saya terpaksa menduduki peperiksaan”, kata seorang mahasiswi melalui emailnya kepada saya.

“Saya yang lemah iman tidak mungkin boleh berpuasa Ramadhan ini sebab aktiviti minggu orientasi yang berat!”, maklum seorang mahasiswa pula.

“Saya terlalu bernafsu kuat dan sering melakukan masturbasi termasuk di Ramadhan ini. Apakah nasib saya ustaz?”, tulis seorang… maaf bukan seorang, tapi beberapa orang pelajar perempuan melalui email kepada saya. Ya, perempuan. Bukan lelaki.

Muka saya merah, telinga kepanasan.

Jika hanya seorang yang bercadang untuk tidak berpuasa, saya dengan mudah menganggapnya sebagai kes terpencil. Tetapi Ramadhan kali ini saya dihubungi oleh sejumlah mahasiswa dan mahasiswi yang telah awal-awal lagi berazam untuk TIDAK BERPUASA, kerana ada sesuatu yang berlaku di dalam hidup mereka selain makan dan tidur.

Peperiksaan…

Aktiviti minggu orientasi…

Banyak bekerja shif malam…

BUKAN TERPENCIL

Kesemua email yang saya terima di bawah kategori ini saya himpunkan tanpa tergesa-gesa menjawabnya. Sengaja saya kumpulkan sehingga selesai seminggu pertama Ramadhan. Jumlahnya signifikan. Datangnya dari empat penjuru bumi. Mengecewakan!

Di manakah silapnya?

Kelemahan jati diri anak watan kita ini sudah amat kritikal. Tolaklah ke tepi semangat-semangat yang sedang dicari untuk berjihad, membela umat, membebaskan Palestin dan menebus kemunduran bangsa.

Cukup sekadar saya katakan, mungkin ini salah satu sebab mengapa Malaysia gagal mendapat pingat emas di dalam Sukan Olimpik. Negara ini melahirkan bangsa manusia yang lemah determination biar pun tinggi IQ, hebat teknologi, mewah kemudahan prasarana, banyak ilmu dan lebih segala-galanya.

Semuanya terbangun dan bangkit ‘maju’, kecuali manusianya. Terlupa prima kausa!

AMARAN

Perbuatan menyengajakan tidak berpuasa atau berbuka tanpa uzur syar’ie yang kita sedia maklum, adalah dosa besar yang berat ancamannya dari Allah dan Rasul-Nya.

Daripada Abi Umamah al-Bahili beliau berkata, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Semasa aku sedang tidur, datang dua lelaki kepadaku dan mendapatkan aku pada tangannya lalu membawa aku ke hujung gunung. Mereka berkata : Naiklah ke atas. Aku berkata: Aku tidak boleh. Mereka berkata. Sesungguhnya kami akan mempermudahkan bagimu. Maka aku mendaki sehingga sampai ke kemuncak gunung tersebut. Kemudian aku mendengar suara-suara yang kuat. Aku berkata : Suara apakah itu? Mereka berkata: Ini adalah suara pekikan manusia dari neraka. Kemudian aku bergegas sehingga aku melihat manusia digantung di belakang lutut mereka, dengan di tepi mulut-mulut mereka koyak dan darah keluar dari mulut-mulut mereka. Aku berkata: Siapakah mereka ini? Mereka berkata: Ini adalah mereka yang berbuka puasa sebelum waktunya. – [Hadith disahihkan oleh al-Albani di dalam Mawaarid al-Zam’aan, #1509]

Wahai adik-adikku, teguhkanlah jati diri kalian. Jangan jadikan keselesaan hidup hari ini fitnah ke atas dirimu! Susah hidup semalam dan senang selesa hidup hari ini, semuanya menuju ke KESUSAHAN AKHIRAT yang SAMA. NERAKA YANG SAMA.

Doaku agar kita bertemu di SYURGA.

Petikan daripada iluvislam.com saudara Ustaz Hasrizal

Thursday, August 13, 2009

GemBirA keR????

hai,

Manusia selalunya datang dan pergi dalam hidup kita. Ada yang dengan kedatangannya kita rasa happy sangat2 kan, tak kurang juga minimbulkan hura-hara dalam hidup kita. jika diri anda, siapa yang akhir2 ni mampu membuat anda tersenyum?? Haha tepuk dada tanya seleralah. Mungkin adik kita, mungkin member2 kita yang sentiasa bersama kita, atau juga kehadiran seseorang yang baru dalam muncul dalam hidup kita???

Emr,bila seseorang yang baru muncul dalam hidup kita, bagaimana pula sengan yang lama?? Sha tidak maksudkan hanya kepada pasangan sebab ia mungkin juga berlaku dengan rakan-rakan kita atau barang2 kita macam baju hehe. Contoh paling baik Sha boleh ambik apabila sepupu Sha mampu beli PS2 dia terus lupakan PS1 dia. Kalaulah PS1 tu boleh berkata-kata mesti dia akan katakan yang dia sedih sebab telah di lupakan.

Haha Sha just nak bincangkan subjek rilex jer dengan you all. Waktu ini, Sha tengah dengar lagu Rod Stewert "Have I Told lately" hehe romantik lagu ni...

Actually banyak benda yang Sha terfikirkan sekarang ni. Sha banyak berkias sebenarnya. Dalam tujuan Sha menyampaikan masej sebenar Sha lebih senang menggunakan bahasa kiasan. Sering kita ingat mengingati antara satu sama lain. Tidak lama lagi bulan ramadhan kana menjelma, so Sha harap kita semua dapat menggunakan peluang yang still di beri kepada kita yang masih hidup ni...

Ok lah, take care yer you all...... di sini Sha bagi tips nak ceriakan diri anda yang sedang murung....

1. Makan apple hijau yang di potong kepada saiz mengikut cita rasa sendiri, then gaul dengan garam and gula sikit... masam manis akan ceriakan hari anda.

2. Basuh baju awal pagi, janganlah hantar dobi... jemur awal pagi... anda akan dapat kepuasan selepas berjaya menyidai semua baju anda.

3. Ajak member baik anda atau sesiapa jer temankan anda tengok cerita seram yang tahap gaban yang betui2 seram giler babi.. teriaklah sepuas-puasnyer........... hehe best...

4. Manjakan diri anda dengan urutan spa.. hehe tidak perlu belanja lebih.. beli garam spa minta member kita spaukan untuk kita ke seluruh badan... ini akan mengeratkan hubungan dengan member kita.

5. Kunci untuk ceria bermula awal pagi lagi taw.. jangan lupa solat subuh.. hehehe doa lah dengan penuh ikhlas... dengan penuh kusyuk... mengadulah pada YANG MAHA ESA ... curahkan segala masalah anda... insyallah... anda akan mulakan hari anda dengan dada yang lapang............

6. Apa salahnyer jika anda cuba pasang lagu kegemaran anda dan ikut rentak irama dan kita menari... best..............

Selamat mencuba!!!!!!!!!!!!!!