Bab 3
Reen merenung kosong lantai rumahnya sambil mendengar kata-kata neneknya yang baru sampai dari kampung. Kedatangan neneknya membawa hajat yang sungguh besar. Mungkin dulu dia gembira dengan hajat tersebut. Tetapi tidak sekarang selepas melihat perbuatan Herwan yang sedang bercumbuh dengan sahabat baiknya sendiri. ‘Persetan ko Herwan, apa lagi ko nak dari aku. Tak habis-habis ko nak kacau hidup aku’bisik hati Reen yang benar-benar sedang menahan marahnya.
“ko dengar tak apa yang aku tengah cakap ni Reen? Aku dah terima pinangan dari keluarga Herwan tu. Bagus juga boleh rapatkan hubungan kita dengan keluarga dia” kata-kata nenek umpama halilintar di telinga Reen.
“Reen tak nak nek, Reen tak nak kawin dengan Herwan tu. Mak tolonglah Reen. Reen tak nak” rayu Reen yang sudah bergenang dengan air mata. “mak jangan lah diam, tolonglah Reen. Please understand me” Lala benar-benar kasihan kan kakaknya itu. Dia faham Reen benar-benar bencikan Herwan. Dia hanya boleh berpandangan dengan Zal yang melihat sayu nasib kakaknya.
Reen melarikan diri ke bilik. Dalam diam Reen sudah merancang untuk lari keluar dari Sabah. Itu jer jalan yang ada sekarang. Kalau tidak dia terpaksa berkahwin dengan Herwan. Persetan ko Herwan kenapa lah ko tak habis-habis nak ganggu aku. Hati Reen benar-benar sakit dengan tindakan neneknya yang tidak berbincang dengannya terlebih dahulu. Sampai hati mak yang hanya berdiam diri ketika dirinya perlukan pertolongan mak.
‘Jangan salahkan Reen, nenek yang paksa Reen buat macam ni’bisik hati Reen. Dia perlu hubungi Imran. Hanya Imran yang dia ada sekarang buat masa ini. Mak ,bapa, Lala, Zal dan Daus maafkan Reen semua. Bukan Reen sengaja buat macam ni. Tapi Reen terpaksa. Reen akan kembali bila Reen dah tenang’ coret Reen pada kertas. Air mata Reen berguguran hatinya berkecamuk, dia tahu dia bakal menempuh kehidupan yang lebih susah jika dia keluar dari rumah dan hati orang tuanya akan terluka akibat tindakanya itu.
“Tapi Reen tidak ada pilihan. Maafkan Reen” sendu Reen sambil mengemas pakaiannya. Reen membawa laptop dan gitar gabannya. ‘ar kreko bye’ bisik hati Reen.
Tiket sudah berada di tangannya sejam lagi dia akan meninggalkan Sabah. “ar semua ni sebab ko lah Herwan” bisik Reen penuh dendam. Ketika Reen meninggalkan rumah tadi, Lala dan Zal telah merestui pemergiannya. Sempat dia berpesan agar menjaga keluarga mereka dengan baik. Lala dan Zal memberi Reen RM500 untuk belanjanya.Sedih hati Reen bukan kepalang lagi. Besar sungguh cabaran dia terpaksa lalui ketika umurnya baru mencecah 18 tahun.
Bab 4
Akhirnya Reen selamat sampai ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (LCCT). Reen masuk ker McD untuk mengalas perut. Selepas makan dia akan menghubungi Imran. Dia beredebar memikirkan akan nasibnya selepas ini. Risau akan reaksi orang tuanya menyebabkan Reen melepaskan geram pada Fileet O fish di tangannya. Di kunyah fileet O fish dengan rakus tanpa sedar sepasang mata sedang memerhatikannya sambil tergelak melihat telatah Reen seperti sedang kebuluran.
“hi!boleh tak saya duduk kat sini. Saya Haikal” Haikal memperkenalkan dirinya kepada Reen dan terus duduk di hadapan Reen. Reen yang terkejut dengan tindakan Haikal hanya terdiam melihat Haikal yang sedang tersenyum memandangnya. ‘apasal lak mamat ni senyum-senyum ni? Aku tak bagi pun ko duduk kat meja aku ni’ bisik hati Reen.
“Saya tak ganggu awakkan” Haikal meneruskan katanya apabila melihat Reen yang hanya berdiam diri di depannya. ‘apasal lak minah ni diam jer, tadi aku tengok asyik membebel jer sorang diri’ Haikal pelik melihat Reen yang mendiamkan diri.
“Saya tak rasa nak cakap sekarang ni, awak duduklah yer. Saya nak sambung makan dan saya Reen” Reen lantas menyambung makan seolah-olah Haikal tidak ada di hadapannya. Haikal sedikit terkejut dengan kata-kata Reen namun dia seronok memandang Reen yang dengan gelojoh makan. ‘pelik sungguh minah ni, apa lah yang dia geram sangat kat fileet O fish tu?’ soal Haikal dalam hati. Namun dalam diam Haikal memuji kecantikan Reen yang teserlah walau tanpa secalit kosmetik pun. Kulit Reen yang agak putih kemerah-merahan dan licin tanpa jerawat serta bibir mugil Reen benar-benar membuatkan mempesonakan Haikal.
“Kenapa awak tengok macam tu? Awak nak apa”soal Reen yang tidak selesa dengan pandangan Haikal seolah-olah menelanjangkan dirinya.
“Saya nak awak boleh?” alamak apa pulak aku cakap ni bisik Haikal yang sedar atas ketelanjuran kata-katanya. “apa?” Tanya Reen yang agak terkejut dengan jawapan Haikal merah padam muka Reen.
Reen mula mengatur langkah untuk meninggalkan Haikal yang dirasakanya ada niat buruk terhadap dirinya. “eh tunggu, saya minta maaf. Saya tersasul tadi. Awak nak pergi mana tu?” Haikal cuba untuk mengejar Reen, namun ternyata Reen sudah tidak kelihatan. ‘cepat betul minah tu lari, isk apasal lah aku boleh terlepas cakap tadi. Mesti minah tu fikir yang bukan-bukan tentang aku. Tapi aku dah tahu nama dia’ omel Haikal sambil tersenyum membayangkan seolah-olah Reen ada di hadapannya. “Reen” bisiknya perlahan sambil tersenyum.
Haikal meneka yang Reen bukan gadis berasal dari Semenanjung sebab dialek malayu Reen seolah-olah dialek orang Sabah Sarawak.
“Gila apa mamat tue, hem” marah Reen yang melarikan diri ke tandas. Dia mula gelisah memikirkan nasib dirinya yang tidak ada arah tujuan. Tangan pantas mencari nama di telefonnya ‘setan a.k.a Syed Imran’ dan terus menekan punat hijau.
“Imran, aku kat LCCT ni. Ambik aku ek”
“ko buat apa kat sana?”
“sebab aku kat sini lah. Cepat lah ambil. Tolonglah aku ada masalah ni”
“ek eleh ni mesti ko nak bang bang boom aku kan, alah aku tau plan ko tue”
“Syed Imran! Ko nak datang ker tak hah? Aku seriuslah, sob sob sob” Reen mula menangis.
“eh! Jangan nangis ok. Akiu datang ko tunggu aku kat sana ok. Jangan pergi mana-mana. Dengar tak?” Imran terus memecut laju Ford Laser TX3 kepunyaannya ke LCCT. Dia benar-benar terkejut dan risau tentang diri Reen. “Reen kenapa dengan kau” soal Imran perlahan. Hatinya tidak tenteram memikirkan Reen.
SEJAM kemudian Imran sampai di LCCT. Imran mencar-cari kelibat Reen di LCCT. Setelah berlegar-legar hampir 10 minit akhirnya Imran terlihat kelibat Reen yang sedang duduk sambil menyanyi di satu kerusi yang agak tersorok. Tersenyum Imran melihat Reen yang memetik akustik irama Revolusi kumpulan Bunkface sambil menyanyi.
“Reen, kau ok tak?” tegur Imran setelah lama memerhati Reen melayan perasaan. Reen tidak dapat menahan perasaan lalu menangis di depan Imran. Imran terus menarik Reen dalam pelukannya sambik mengusap lembut rambut Reen. Reen benar-benar merasakan selamat dan tenang disisi Imran. Sedikit sebanyak tekanan yang di tanggungnya berkurang. Meresap satu perasaan halus di hati Reen. Cepat-cepat Reen meleraikan pelukan Imran untuk membuang perasaan yang dirasakan tadi.
“Aku minta maaf, aku tak bermaksud nak ambik kesempatan tadi” terang Imran tergagap - gagap. Dia tidak mahu Reen salah anggap kepadanya.”Reen… aku..aku sebenarnya su… su..”Imran cuba untuk menerangkan perasaanya kepada Reen.
“Imran yang ko tegagap-gagap ni kenapa? Jomlah kita jalan. Aku lapar nasi ni hehe” Reen cuba sengaja menukarkan keadaan yang membuatkan dia kurang selesa. Sedikit keluhan keluar dari mulut Imran.
Bab 5
“Kalau aku tinggal sini, ko pula tinggal mana?” soal Reen yang agak terkejut apabila Imran menyuruhnya tinggal di rumahnya.
“Aku tinggal kat rumah mak ayah akulah. Rumah ni memang kosong. So buat sementara waktu ni, ko tinggal lah sini dulu”Imran menyerahkan kunci rumahnya kepadaku sambil berpesan agar aku mengunci pintu dan pagar rumah selepas dia balik.
Aku duduk termenung selepas selesai mengerjakan solat isyak. Aku tenung jam dinding yang sudah menunjukkan 3 pagi.’ Ar bagaimana agaknya reaksi mak dan bapa esok, Ya Allah semoga ibu bapa ku tenang menerima berita ini esok’ doa Reen di hati dan tawakal dengan nasibnya.
Reen tidak boleh melelapkan mata fikirannya menerawang memikirkan perbuatan Imran yang memeluknya di LLCT. Reen segera menepis perasaan yang mula hadir di hatinya. ‘adakah Imran rasa apa yang aku rasa ni’bisik Reen perlahan.
Reen berjalan sekitar rumah Imran yang mempunyai 3 buah bilik di tingkat atas dan dapur yang luas serta ruang tamu yang cukup ringkas hiasannya namun menarik dan teratur bersih. Reen melangkah ke dapur membuka peti sejuk. “huh, ada air mineral jer?” dengus Reen.
Akhirnya Reen mengambil keputusan masuk ke bilik dan membuka laptopnya. Jari-jemarinya laju menaip carpen terbarunya yang telah menjadi rutinnya untuk di upload setiap minggu kepada sebuah blog penulisan.
“Kambing laut! Woi kambing laut bangun ar” Reen dapat merasakan tubuhnya di goyang-goyangkan. ‘sapa lak kacau akau mimpi ni’ rungut Reen dalam hati. Tapi untuk membuka kelopak matanya Reen benar-benar tidak berupaya. Selepas mengerjakan solat subuh tadi barulah dia dapat melelapkan mata.
Imran benar-benar geram dengan sikap Reen yang liat untuk bangun. Imran memerhati Reen yang masih tidur nyenyak di sofa hadapannya. “kambing ni kalau pasal tidur memang tak sedar apa pun. Agaknya kalau bom meletup di sebelahnya pun minah ni mesti tak sedarkan diri lagi” Imran menggeleng-gelengkan kepala melihat Reen yang tidur nyenyak seperti bayi.
‘Reen apa kau nak buat selepas ni’ bisik Imran perlahan. Imran benar-benar terkejut apabila Reen memberitahunya yang dia melarikan diri kerana dipaksa berkahwin dengan Herwan. Imran mengerling jam di tangannya yang sudah menunjukkan puluk 8 pagi. Nasib baik pejabatnya hanya terletak di Subang Taipan, rumahnya yang terletak di USJ 1 hanya mengambil masa 20 minit hanya untuk ke tempat kerja. Imran meninggalkan sekeping nota untuk Reen.
Dear kambing laut,
Aku kejut ko tadi tapi tak sedar langsung hem,
Hampeh tol ar ko ni,
Aku kena pergi kerja ni, lunch nanti aku datang ambik ko, kita lunch sama,
So ko bersiap ok!!!
Tu nasi lemak, roti dan susu aku dah letak atas meja tu,
Makan tau..
p/s muka ko buruk tol masa tidur wakakakakambing………..
from : Syed Imran yang encem
Reen merenyuk nota yang di tinggalkan Imran kepadanya. ‘cis sempat lagi mangkuk ni kutuk aku. Mesti dia dah tengok aku tidur kuak lentang sana kuak lentang sini. Isk mana aku nak letak maka pasni’ rungut Reen penuh geram. Reen terus mandi dan bersarapan. Reen merancang untuk menghubungi adiknya Lala selepas ini untuk bertanya keadaan di Sabah. Hati Reen tidak tenang memikirkan keluarganya.
Reen tidak dapat menahan air matanya apabila Lala memberitahu maknya telah pengsan selepas menegetahui Reen telah melarikan diri. “maafkan Reen mak” sendu Reen perlahan. Imran telah sampai di pintu rumah tersebut hanya diam memerhatikan Reen menangis. Hatinya tersiksa melihat wanita yang di cintainya menderita. Lama imran berdiri di situ sehingga Reen berhenti manangis dan mula tenang. Selepas melihat emosi Reen tenang, Imran masuk ke rumah dan mengajak Reen keluar lunch ke sebuah restoran melayu. Imran mengambil cuti untuk membawa Reen mencari kerja dan membawa Reen berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur.
Akhirnya Reen mendapat kerja di sebuah saloon kecantikan. Kebanyakan pekerja di situ ialah cina namun Reen tidak mempunyai masalah bekerja di sana kerana Reen memang pandai berbahasa mandarin.
Bab 6
Kini sudah 3 tahun Reen meninggalkan Sabah dan keluarganya. Reen sudah berhenti dari salon tempat bekerjanya dan sudah melanjutkan diri ke IPTA di Terengganu. Reen benar-benar menyukai bidang yang di ceburinya Maritime Management sangat mencabar diri Reen.
Imran sentiasa berada di sisinya dan membantu Reen melanjutkan pengajiannya. Imranlah yang bersusah payah menghantarnya ketika pendaftaran pelajar baru. Imranlah juga yang membelikan semua keperluannya. Reen benar-benar terhutang budi kepada imran. Kadang kala Reen merasakan Imran melayannya lebih dari seorang sahabat. Tapi Imran tidak pernah berterus terang tentang perasaannya kepada Reen. Reen sering mengingatkan dirinya Imran seperti abang kepada dirinya. Reen takut untuk menyimpan perasaan kepada Imran. Takut untuk dirinya di lukai lagi.
Petang itu Reen berjalan-jalan di pantai Batu Buruk. Suasana angin mendamaikan perasaan Reen. Reen tersenyum melihat aksi kanak-kanak yang sedang bermain dengan keluarganya. Kebahagian keluarga itu menyentuh hati Reen. Hati Reen sangat merindui keluarganya. Selalu Reen membuat video call melalui skype bersama Lala. Terubat rindunya melihat adik-adiknya yang kian membesar. Tidak tertanggung rindu di hati Reen terhadap mak dan bapa.
“hai Reen! Ingat saya tak” tegur seorang pemuda dihadapan Reen. Reenn hanya memandang pelik pemuda di depannya. Reen cuba untuk mengingati pemuda itu. ‘hah, ni mamat yang tak senonoh kat LCCT tu’bisik Reen yang mula mengenal pasti identiti pemuda di depannya. Reen mula mengatur langkah untuk meninggalkan lelaki tersebut.
‘hah sah minah ni masih ingat kat aku’bisik Haikal dalam hati. Reen mempercepatkan langkah tanpa mempedulikan panggilan Haikal. “Reen” panggil Haikal ‘pokok kat depan tu’ tapi kata- kata Haikal hanya tersekat di kerongkong sahaja. Reen sudah pun terlanggar pokok di hadapannya dan mula pening sebelum terjatuh di atas tanah tidak sedarkan diri.
“Anak.. nak” suara tua itu mengingatkan Reen kepada maknya di Sabah. “mak” panggil Reen sebelum tetidur semula. “budak ni tak sedar lagilah Haikal, kau dah buat apa kat anak dara orang ni Haikal” bebel Puan Hasnah kepada Haikal anak tunggalnya yang hanya tersengih-sengih memandang ibunya. Haikal menceritakan peristiwa dia menegur Reen di LCCT sehinggalah peristiwa Reen terlanggar pokok disebabkan takut kepada Haikal. Puan Hasnah menggelengkan kepala melihat Haikal yang begitu seronok menceritakan tentang Reen.
Puan Hasnah memandang Reen sekilas memang anak gadis di depannya mempunyai wajah putih kemerah-merahan, alis mata cantik terbentuk, sepasang mata redup milik Reen menambah kemanisan pada wajah Reen. Patutlah Haikal beriya-iya menegur Reen di pantai petang tadi. Rupa-rupanya anak terunanya itu menyimpan hati kepada gadis yang sedang lena dihadapannya.
Reen memandang sekeliling begitu asing kepadanya. Reen tertanya-tanya dimana dia berada sekarang dan mengingati peristiwa yang berlaku pada dirinya. ‘hah! Jangan-jangan mamat senget tu . ar mak tolong mak!’bisik Reen mula menggelabah. Reen terus berlari keluar ke pintu bilik. Sebaik Reen membuka pintu bilik kebetulan Haikal ingin masuk ke dalam bilik menempatkan Reen juga. Reen tidak dapat mengelak kerana tubuhnya sudah pun terdorong ke tubuh Haikal yang agak terkejut melihat Reen seperti ingin melarikan diri itu.
“kenapa tengok macam tu” Tanya Reen pada Haikal yang tidak berkelip-kelip memandang Reen. “kalau yer pun nak borak, boleh tak awak alihkan badan awak tu. Berat tahu tak” pinta Haikal sambil tersenyum memandang Reen yang sudah merah padam. ‘Malulah tu’ bisik Haikal dalam hati.
Reen benar-benar geram dangan Haikal yang asyik tersenyum memandangnya selepas ibu Haikal Puan Hasnah menerangkan kejadian yang berlaku. Haikal seolah-olah sedang mengejek dirinya di mata Reen. “Malam ni, Reen tidurlah kat rumah Unty yer, esok pagi Haikal hantar Reen ke balik UMT ok. Lagi pun esok cutikan” pinta Puan Hasnah kepada Reen. Dian ingin mengenal Reen denagn lebih dekat lagi. Disamping inign member peluang kepada Haikal untuk bersama dengan Reen. Puan Hasnah faham isi hati anak terunanya itu.
Reen benar-benar mati kutu mendengar permintaan Puan Hasnah. Hendak di tolak Reen tidak sampai hati. Melihat Puan Hasnah mengubat kerinduan kepada ibunya. Puan Hasnah mempunyai persamaan dengan ibunya iaitu lemah lembut dan penuh sifat keibuan. Malah wajah Puan Hasnah iras-iras ibunya. Reen mengangguk sambil tersenyum kepada Puan Hasnah. Haikal bersorak riang melihat anggukan Reen. Reen menjadi tidak selesa melihat Haikal asyik merenungnnya. Hatinya menjadi berdebar-debar untuk berhadapan dengan Haikal sehingga ke hari esok.
Haikal duduk bersendirian di bangku halaman rumahnya. Jiwanya damai duduk dikawasan itu mendengar air terjun buatan di samping melihat ikan Kap berenang-renang sangat mendamaikan jiwanya yang bergelora. Reen duduk di hadapan Haikal sambil tersenyummelihat Haikal yang tidak sedar akan kehadirannya.
“Haikal, saya minta maaf sebab fikir yang bukan-bukan terhadap diri awak yer”Haikal terkejut mendengar suara Reen dihadapannya. “Eh takpe, saya yang patut minta maaf sebab dah buat awak takut”jelas Haikal yang mula senang dengan penerimaan Reen terhadap dirinya. Reen dan Haikal berbual sehingga larut malam. Perlbagai pendapat dan idea mereka kongsikan bersama. Paling mengejutkan Haikal, Reen pun menceburi bidang yang sama dengan iaitu bidang maritim.
Haikal tersenyum puas setelah Reen meminta diri untuk tidur. Haikal benar-benar gembira dengan perkembangan terbaru antara dia dan Reen. Dia mula merancang untuk mengatur pertemuan demi pertemuan untuk berjumpa dengan Reen. Ternyata jangkaannya terhadap diri Reen benar. Reen gadis yang berasal dari Sabah, tapi muka Reen tidak ada ‘chinese look’ seperti gadis Sabah yang lain. Rupa paras Reen lebih seperti arab alis matanya hitam pekat namun cantik terbentuk semula jadi tidak perlu di pantis, mata Reen redup namun bersinar, hidung Reen cantik terletak mancung bersama bibir mugil Reen yang kelihatan basah.
‘Ah! Kita akan selalu berjumpa selepas ini Reen. Kau akan jadi milikku. 3 tahun aku mencari diri mu. Tak semudah itu aku akan lepaskan engkau Reen” bisik haikal perlahan sambil menanam tekad untuk memiliki diri Reen secara mutlak.
Bab 7
Imran seperti cacing kepanasan dalam keretanya. Matanya tidak lepas memandang Reen yang di hantar oleh seorang lelaki. Hatinya tertanya-tanya siapa lelaki yang menghantar Reen itu dan Reen dari mana bersama lelaki tersebut. Sakit hati Imran melihat cara lelaki itu memandang Reen, dia tahu apa maksud pandangan lelaki tersebut. Hanya lelaki boleh memahami lelaki.
Sudah hampir 2 jam dia menunggu Reen dihadapan hostel Reen. Namun gadis pujaannya itu tidak muncul juga. Hatinya terkejut bukan kepalang lagi apabila melihat Reen di dalam Honda City berwarna putih sambil di temani oleh seorang lelaki.
“Siapa lelaki ni Reen? Reen dari mana dengan lelaki ni?” Tanya Imran bertalu-talu. Reen agak etrkejut dengan kemunculan Imran tiba-tiba itu.
“Imran! Napa tak begi tahu Reen Imran nak datang? Ni Haikal, dan Haikal ni Imran kawan baik Reen” Reen cuba berlagak tenang walaupun hatinya hebat berkocak. Dia dapat meneka yang Imran sedang marahkan dirinya. Tapi sebab apa, dia tidak membuat kesilapan pun.
“Hai saya Haikal” Haikal menghulurkan tangannya namun tidak di sambut langsung oleh Imran. Haikal tertanya-tanya siapakah Imran sebenarnya. Yang pasti Imran tidak menyukai dirinya bersama dengan Reen.
“Saya Imran. Saya tak suka awak bersama dengan Reen dengar tak ni? Reen pergi naik sekarang. Tinggalkan aku dengan kawan kau ni” arah Imran yang mula menyingah melihat Haikal tersenyum mesra pada Reen. “kenapa ni Imran, datang nak marah-marah. Haikal ni baiklah. Ko jangan nak buat hal kat sini. Apa masalah ko hah Imran?” Tanya Reen yang mula panas dengan sikap Imran yang tiba-tiba marahkan dirinya dihadapan Haikal. Reen benar-benar malu dengan tindakan Imran yang berkasar dengan dirinya secara tiba-tiba.
Haikal mula tidak senang melihat situasi itu. Dia melihat Imran tersenyum apabila Reen menurut kata-kata Imran. Sakit hati Haikal terhadap Imran. Haikal meninggalkan hostel tersebut dengan perasaan yang penuh tanda tanya. Apakah hubungan Reen dengan Imran? Kenapa Reen ikut cakap lelaki tu? Hati Haikal benar-benat diburuh tanda tanya. Dia harus menghuungi Reen selepas ini untuk menyiasat hal ini.
Sementara itu Imran duduk termenung dalam keretanya. Dia benar-benar tidak dapat menahan marahnya tadi. Bukan niatnya untuk berkasar dengan Reen. Tapi dia benar-benar cemburu melihat cara Haikal merenung Reen. Ego lelakinya benar-benar tercabar. Tapi Imran sedar apa haknya untuk menghalang Reen bercinta dengan lelaki lain. Selama ini dia tidak pernah meluahkan rasa saying atau cinta terhadap Reen. Seing kali kata-kata berbentuk kutukan dan ejekan di lemparkan kepada Reen. Sudah tentu Reen marahkan dirinya saat ini.
“Reen maafkan aku. Aku benar-benar cintakan ko Reen. Aku cemburu tengok ko dengan mamat sengal tu” Imran meluahkan kekesalannya. Kalaulah Reen faham perasaannya sudah apa agaknya reaksi Reen? Sudikah Reen terima dirinya? Fikiran Imran benar-benar kusut.
Sunday, May 17, 2009
Monday, May 11, 2009
dear family far away,

Ingin ku kongsi bersama beberapa cerita suka duka yang aku lalui sepanjang hidupku. Dan yang pasti setiap perkara yang aku lalui sama ada manis atau pahit, aku lalui bersama tercinta.
Aku berasal dari keluarga yang susah. Jadi tidak hairanlah ketika aku mencapai umur 21 tahun, aku sudah merasai pelbagai pengalaman kerja demi sesuap nasi. Aku tidak pernah mensia-siakan pengalaman kerja uang aku peroleh. Aku memanfaatkan setiap detik masaku agar jalan hidup lebih teraturdan yang paling penting susah bagaimana pun aku tidak pernah meminta simpati daripada orang lain.
Aku dan keluargaku tinggal di sebuah rumah usang. Namun ia tidak sesekali menghalang kami sekuarga untuk bersedih dan tidak meratapi nasib. Ibuku rajin sekali menanam pelbagai jenis bunga untuk mmenghias halaman rumah. Kata ibu, bunga yang tumbuh cantik di halaman rumah boleh menutup keusangan rumah kami. Oleh itu ayah selalu membantu ibu mendapatkan pelbagai jenis bunga yang bakal menghias halaman rumah kami.
Bunga ibu akhirnya menjadi salah satu sumber pendapatan keluarga. Setiap hari ahad menjelang tiba, aku akan bangun seawal 3 pagi untuk bersiap sedia ke TAMU KOta Belud untuk mejual bunga ibu. Ibu menitipkan aku dengan sebotol air dan duit RM 3. Aku memang sentisa bernasib baik, bunga ibu sentiasa menarik perhatian pelanggan dari pelbagai kaum dan golongan.
Tahun 2002,mengubah nasib kami sekeluarga. Ibu dan adik bongsuku terlibat dalam kemalangan. Duniaku gelap seketika. Namun demi ayah dan adik-adik ku yang lain, aku tidak boleh menangis. Aku bertahan sedaya mungkin agar tidak tersungkur dengan takdirku.
Akibat kemalangan, ibu kehilangan separuh dari hatinya dan koma selama 3 hari. Adik?? nasib adik memang malang, namun andai ini takdir kami sekeluarga, kami terima penuh redha. Adikku di sahkan lumpuh paras pinggang hingga hujung kaki.Pada umur 3 tahun adikku sudah kehilangan upaya. TUHAN sahaja yang tahu, betapa hancurnya hatiku ketika itu.
Aku sangkakan itulah musibah terakhir yang aku akan rasai. Namun kali ini rumah usang keluargaku yang musnah di jilat api. Aku bingung seketika memikirkan jala hidup yang terlalu berliku yang terlalu mencabar.
Kini sudah berapa tahun peristiwa itu berlalu, ku akui benar kata pepatah "setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya" .
Keluargaku kini mampu untuk hidup selesa. Aku dan adik-adikku kini mampu meneruskan pelajaran di IPT. Adikku bongsu?? dia tetap lumpuh. Namun ini janji seorang kakak, atas nama kasih sayang kakak akan menjaga mu hingga akhir hayat di kandung badan..
Sunday, May 10, 2009
dia cinta aku??2
“er… er ni Imran ker” aku memberanikan diriku untuk menegur jejaka yang agak mirip dengan muka Imran yang mempunyai iras Asyraf Muslim cuma jejaka di depanku sekarang ini berambut panjang dah macam muka penjahat dah di mataku. Tidak ubah seperti lanun kat Somalia tur bisik hatiku.
“Aku Imran lah woi kambing laut, aku dari tadi duk tengok ko buat tawaf kat sini hahahahaha, tak penat ker ko buat tawaf kat sini hah?” sahlah mamat lanun depan aku ni Si Imran mangkok ayoyai mamat ni dah gelakkan aku dah. Tak tahu malu betul ar mamat ni, aku tinggalkan kau sorang-sorang kat sini kang padan muka kau.
“wey, dah puas gelak macam beruk jer aku tengok ko ni. Buat jatuh saham aku jer duk dekat dengan mangkuk tak betul macam ko ni. Aku tinggal kang ko kat airport tengah malam macam ni padan muka ko” marah ku geram dengan sikap Imran yang dari tadi tidak berhenti mengejekku. Ini yang buat aku panas ni.
“Lor jangan ar marah kambing laut. Aku penat tau, semata-mata nak jumpa ko aku dah seberang Laut Cina Selatan tau. Ko tak nak pun hargai aku” aik mamat lanun ni merajuk ker.
‘Ok lah tak yah merajuk ok lanun. Dah malam ni kang mak aku tak bagi aku masuk rumah kang aku belasah ko. Ko punya pasal ar semua nie datang tak bagi salam pun” bebel ku sambil melangkah ker ruang parking.
“Mana kereta ko kambing?” Tanya Imran sambil matanya melilau ke ruang parking.
“Bila masa lak aku ada kereta ni lanun? Drive pun aku tak pandai. Hah ni skuter ni. Jom ar yang ko tecegat macam zombie kampong pisang kat sana tu buat apa?” apasal ar mamat ni buat muka macam tu pulak.
Ini mesti dia tak pandai naik skuter ni hahaha nasib kau ar lanun. Naik skuter ar kau sepanjang kau kat Sabah ni. “wey cepatlah” teriakku pada Imran. Terkedek – kedek Imran berlari mendapatkan aku.
“Aku… aku tak biasa ar naik skuter kambing. Tak boleh ker kita naik teksi jer” Imran mula member alasan kepada aku.
“Naik jer lanun, aku hantar ko kat hotel. Aku dah booking bilik untuk ko. Jangan risau ar skuter aku ni selamat. Ko ni takut macam budak perempuan jer” ejekku pada Imran. Imran mula menjegilkan matanya padaku apabila aku berkata seperti itu. Imraan terus mengambil helmet pada tangan ku dan terus naik skuter ku.
“Ok esok aku datang tau dalam pukul 9 macam tue. Kita pergi sarapan sama then, kita pergi rumah aku ek. Ko check out ar terus esok ok tak?” aku menghantar Imran ke biliknya.
“Mak ko mesti tak sabar nak jumpa menantu dia yang hensam ni kan”gurau Imran yang membuat aku ketawa berderai pecah malam-malam buta itu. Mengarut betul mamat mangkuk ni.
Tiga hari Imran kat Sabah dan kami benar-benar menggunakan masa yang ada untuk bersiar-siar mengelilingi Kota Kinabalu. Paling tidak dapat aku lupakan apabila Imran mengambil keputusan untuk memotong pendek rambutnya yang panjang itu sebelum datng ke rumahku. Katanya seolah-olah tidak hormat pula kepada orang tua ku jika dia datang berambut panjang begitu.
“Woi! berangan ek” adikku Lala benar-benar boleh membuat aku diserang sakit jantung. “ko fikir sal sapa tue?dari tadi aku panggil ko wat tak tau jer ek, hehe mak kata ko gagal Bio tol ker” ayoyai budak Lala ni tak dah keja lain dah ker selain menyibuk. Hilang semua kenangan aku dengan Imran mangkuk tu tadi.
“betul ar gagal. Kenapa ko pun nak bagi ceramah free gak ker kat aku. Aku ni kakak tau, ko jangan mengada ek kat sana” terangku yang agak bad mood ketika itu.
“kau ni kan, aku tanya jak bah. Itu pun mau marah aku sudah!!” nah itu dia Lala dah merajuk. Hehe Lala ni kalo merajuk mulut dia macam itik. Aku memang suka sangat buat dia marah. Macam Donald Duck dah aku tengok muka Lala ni.
“Yang ko tengok aku mcm tue kenapa? Ei susah ar cakap dengan orang tak betul ni” Lala sudah bergerak meninggalkan aku sambil membebel merungut dengan sikapku.
Jari-jemari laju menekan punat telefon untuk membalas masej Imran tadi. Kalau tak balas, Imran akan mula membebel kepada aku nak mengungkit tentang duit topup telefon ku yang di beri olehnya.
“aku lulus dengan gemilang lah lanun, mana hadiah aku?. Ko jangan buat2 lupa ek”
From : kambing laut cayang
Imran yang menerima masej dari Reen tersenyum membaca masej Reen. ‘Reen ko tak sedar ker Reen aku sukakan ko. Ko asyik cakap tentang Herwan jer kat aku Reen. Ko pasti jadi milik aku juga Reen, pasti’ bisik hati Imran sambil tersenyum simpul tanpa pengetahuan Reen tentang perasaan sebenar Imran.

Saturday, May 9, 2009
IlmU kemBArA duNia
Pesanan Untuk Pengembara Dunia
Sayangku,
Salam dan selawat ke atas Rasul junjungan. Semoga kita mendapat syafaat di akhirat kelak. Semoga kita beroleh ketenangan sepanjang hidup kita. Semoga kita menjadi anak yang baik dan menjadi penawar rajuk suka duka untuk keluarga kita.
Sayangku,
Kita hidup di dunia untuk menjadi khalifah. Kesilapan dan kekhilafan lalu mendewasakan diri kita agar hidup kita menjadi lebih berarti, menjadi lebih bermakna, dan matlamat serta tujuan kita di turunkan di dunia lebih jelas. Kita manusia yang penuh dengan kelemahan.
Sayangku,
Aku merasakan diriku ini terlalu kotor, terlalu banyak kali aku menjurumuskan diriku ini dengan cinta duniawi. Tersedu-sedan aku menahan air mata ku mengenangkan dosa ku yang terlalu banyak jika ku bandingkan dengan pahala yang aku lakukan. Apakah solat ku dapat menegahku melakukan dosa?iman ku senipis kulit bawang, malah mungkin lebih nipis lagi dari istilah kulit bawang itu. Tiap kali bersolat menghadap TUHAN ku Yang Maha Satu lagi Maha Berkuasa lidahku keluh, sungguh aku malu untuk memohon permintaan lain selain permohonan dosaku di ampun.
Sayangku,
Jiwa muda ku terlalu turutkan. Tidak mungkin aku dapat berpatah balik. Badan tergadai lalu ternoda atas nama cinta. Aku terlalu mengikut cintaku yang sementara ini. Bukan lagi cinta tapi kita terpedaya dengan hasutan syaitan durajana. Bersorak gembira syaitan apabila kita anak cucu adam mula menjerumus diri kita ke jalan neraka.
Sayangku,
Tidak inginkah dikau bersama ku hingga ke syurga. Biarlah kita bercinta dengan Yang Maha Besar insyaallah sayang, selamat kita dunia akhirat. Ingatlah pesananku yang tidaklah seindah bait puitis William Shackspear namun berguna sebagai ilmu di dada, pendinding diri untuk kembara dunia.
“sama-sama kita renungkan dan belajar dari kesilapan”

dia cinta aku??1
“ReeN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Bangunlah, anak dara apa nie” jerit mak yang benar – benar boleh membuat gegendang telinga aku nie pecah dan menjadi pekak satu hari nanti. “alamak awal lagi lah mak, jangan ar kacau Reen tengah mimpi kawen dengan fahrin Ahmad nie mak oi” rengek ku anak manja hehehehe… “awal otak engkau Reen, dah pukul 12 tengahari nie, ei patut ar Herwan tinggalkan engkau Reen, perangai buruk sapa yang nak”. Adoiyai mak sebut sal Herwan ker tadi, nie yang buat air mata aku nak tumpah pagi-pagi yang indah nie. “hah dah nangis, Reen mak gurau jer, dah lah… ok mak janji mak tak sebut sal Herwan lagi yer” pujuk mak bila melihat aku dah mula berair mata jeng jeng jeng hehehehe tue ar sapa suruh ungkit sie sal Herwan sengal tue rajuk hati ku.
Result SPM sudah berada di genggaman aku. Alamak aku betol tak berani nak balik rumah. Lupa lak nak inform kat semua aku Reen Jeng Jeng jeng bersekolah di SMK Taun Gusi Sabah hehe umur standard ar baru dapat result SPM. Tapi aku tinggal di Inanam Sabah huhu dekat dengan rumah Adam Af tue tapi sorry ek aku tak minat kat dia. Hah aku tak berani nak balik rumah nie sebab result aku gempak sangat. “mak, ampun mak. Reen minta ampun jangan ar potong elaun kreko Reen, pliZZZ mak” rayu ku penuh syahduh harap-harap mak temakan ngan drama aku pagi nie. “hem,mak dah kata kalo ada subjek SPM engkau yang gagal mak akan potong elaun kreko engkau kan. Nie 4A 6B 1E dan E engkau nie biologi kan”marah mak pada aku ayoyai macam mana nak lari nie. Aku tahu mak mesti kecewa biologi sengal aku tue ga*** hehe coz mak nak aku ambik medic. Tapi nak buat macam mana dah otak aku nie sengal. “hancur harapan mak tahu tak Reen, Intan Azureen engkau dengar tak nie”jerit mak yang menyedarkan aku dari berkhayal “iyer…..iyer Reen dengar, Reen janji pas nie apa nak Reen buat, Reen ikut yer just tolong lah mak, I begging you, jangan ar potong elaun kreko Reen plizzz” rayu ku sepenuh hati.
Selesai hal rayu dan pujuk mak, aku terus menghempas diri ku ke katil ku. Aku menekan punat telefon kesayangan ku, ini lah harta ku selain laptop buruk,gitar gaban dan kreko ku yang sekian lama menemani hidup ku wahahahahakambing tol aku nie. Tiba tiba “roti keju, roti keju huhu” aik sapa lak yang berani masej aku yang tengah panas lagi nie.
“oik kambing laut!! Ko tangah buat apa tue??? Result SPM ko mcm ner???
Aku sure ar msti gagal semua paper kan wahahahahahakambinglaut!!!!!!!!!!!!!!”
From : Setan a.k.a Syed Imran
Alamak imran nie pulak bisik hati ku. Imran sahabat yang ku kenali melalui kreko lebih kurang setahun lalu. Aku kenal dia yang menggunakan nick name setan kat ruang kreko dan ketika itu Herwan baru meninggalkan aku untuk bersama Gf dia yang gedik tue. Pada imran kah aku melepaskan semua tekanan perasaan geram ku terhadap Herwan. Imran sabar dalam melayan kerenahku tapi satu jer yang mamat nie selalu buat aku panas. Dia selalu sangat kutuk aku. Ketika pertama kali aku email picture aku yang comel kat dia, ada ker patut dia kata muka aku macam kambing laut isk tak patutkan sebab aku nie comel hehehe.. dan paling mengejutkan selepas 7 bulan sembang melalui sms Imran datang menemui aku kat Sabah. Aku mesti ar terkejut beruk hampir kena heart attack bila si Imran mangkuk tue bagi tau aku dia dah kat Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan minta aku jempit dia.. kepala otak mangkuk tue suka sangat bagi kejutan kat aku. Aku pun dengan laju terus pergi jemput dia. Satu hal lagi yang berlaku di airport aku tak kenal Imran. Puas aku pusing airport Terminal 2 hari tue, tapi aku masih tak jumpa Imran.Imran penah bagi aku pic dia tapi tue masa dia masih budak sekolah. Ayoyai mana ar mangkuk nie aku dah pusing-pusing macam dah buat umrah dah nie. Tiba-tiba mata ku menagkap kelibat seseorang yang sedang merenung ku sambil tergelak. Muka macam Imran tapi tak kan lah…………..

Subscribe to:
Posts (Atom)