Monday, May 11, 2009

dear family far away,


Ingin ku kongsi bersama beberapa cerita suka duka yang aku lalui sepanjang hidupku. Dan yang pasti setiap perkara yang aku lalui sama ada manis atau pahit, aku lalui bersama tercinta.

Aku berasal dari keluarga yang susah. Jadi tidak hairanlah ketika aku mencapai umur 21 tahun, aku sudah merasai pelbagai pengalaman kerja demi sesuap nasi. Aku tidak pernah mensia-siakan pengalaman kerja uang aku peroleh. Aku memanfaatkan setiap detik masaku agar jalan hidup lebih teraturdan yang paling penting susah bagaimana pun aku tidak pernah meminta simpati daripada orang lain.

Aku dan keluargaku tinggal di sebuah rumah usang. Namun ia tidak sesekali menghalang kami sekuarga untuk bersedih dan tidak meratapi nasib. Ibuku rajin sekali menanam pelbagai jenis bunga untuk mmenghias halaman rumah. Kata ibu, bunga yang tumbuh cantik di halaman rumah boleh menutup keusangan rumah kami. Oleh itu ayah selalu membantu ibu mendapatkan pelbagai jenis bunga yang bakal menghias halaman rumah kami.

Bunga ibu akhirnya menjadi salah satu sumber pendapatan keluarga. Setiap hari ahad menjelang tiba, aku akan bangun seawal 3 pagi untuk bersiap sedia ke TAMU KOta Belud untuk mejual bunga ibu. Ibu menitipkan aku dengan sebotol air dan duit RM 3. Aku memang sentisa bernasib baik, bunga ibu sentiasa menarik perhatian pelanggan dari pelbagai kaum dan golongan.

Tahun 2002,mengubah nasib kami sekeluarga. Ibu dan adik bongsuku terlibat dalam kemalangan. Duniaku gelap seketika. Namun demi ayah dan adik-adik ku yang lain, aku tidak boleh menangis. Aku bertahan sedaya mungkin agar tidak tersungkur dengan takdirku.

Akibat kemalangan, ibu kehilangan separuh dari hatinya dan koma selama 3 hari. Adik?? nasib adik memang malang, namun andai ini takdir kami sekeluarga, kami terima penuh redha. Adikku di sahkan lumpuh paras pinggang hingga hujung kaki.Pada umur 3 tahun adikku sudah kehilangan upaya. TUHAN sahaja yang tahu, betapa hancurnya hatiku ketika itu.

Aku sangkakan itulah musibah terakhir yang aku akan rasai. Namun kali ini rumah usang keluargaku yang musnah di jilat api. Aku bingung seketika memikirkan jala hidup yang terlalu berliku yang terlalu mencabar.

Kini sudah berapa tahun peristiwa itu berlalu, ku akui benar kata pepatah "setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya" .

Keluargaku kini mampu untuk hidup selesa. Aku dan adik-adikku kini mampu meneruskan pelajaran di IPT. Adikku bongsu?? dia tetap lumpuh. Namun ini janji seorang kakak, atas nama kasih sayang kakak akan menjaga mu hingga akhir hayat di kandung badan..

No comments:

Post a Comment